JOHANNESBURG: Seorang lelaki warganegara Afrika Selatan yang menjalani pembedahan zakar pertama di dunia pada Disember tahun lalu bakal bergelar seorang bala selepas teman wanita kini mengandung empat bulan.
Dia sebelum ini diberitahu doktor bahawa zakar barunya itu memerlukan tempoh selama dua tahun bagi membolehkan ia berfungsi sepenuhnya.
Lelaki yang identitinya dirahsiakan itu terpaksa melalui pembedahan gantian zakar selepas menderita komplikasi akibat prosedur berkhatan tradisional.
Andre Van Der Merwe yang merupakan pakar urologi dan mengetuai pembedahan itu teruja dengan perkembangan yang disifatkan amat pantas.
"Ini sesuatu yang di luar jangkaan, melihatkan bagaimana manusia boleh pulih dalam masa yang singkat terutama yang membabitkan fungsi seksual.
"Saya gembira tidak berlaku komplikasi dan zakarnya boleh berfungsi dengan baik dan cepat," katanya.
Selepas menderita komplikasi, zakar lelaki itu terpaksa dipotong sebelum menerima zakar baru daripada penderma organ kira-kira tiga tahun lalu.
Untuk rekod, prosedur berkhatan tradisional yang dijalankan oleh suku kaum Afrika Selatan terhadap kanak-kanak dan remaja lelaki sering dilaporkan berakhir dengan kematian. -Siakapkeli.my