Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sekurang-Kurangnya 150 Orang Terkorban Selepas Sebuah Stesen Minyak Meletup Dan Terbakar

5 Jun 2015
No Comment


ACCRA: Pihak berkuasa Ghana mengesahkan sekurang-kurangnya 150 orang terkorban selepas sebuah stesen minyak di sini terbakar.

Semasa kejadian hujan lebat dan banjir kilat berlaku menyebabkan ramai orang memasuki kawasan stesen minyak tersebut untuk mendapatkan perlindungan.

Kebakaran yang berlaku di stesen minyak dalam kawasan Kwame Nkrumah Circle itu telah merebak ke kawasan kediaman berhampiran.



Presiden Ghana, John Dramani Mahama menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu “bencana dan tidak pernah berlaku” ketika beliau meninjau kawasan berkenaan pagi semalam.

“Ramai yang terkorban dan saya tidak tahu apa yang perlu diperkatakan,” katanya.

Belaiu telah mengumumkan tiga hari sebagai hari berkabung dan bendera wajib dikibarkan separuh tiang selama tiga hari berkenaan selepas operasi menyelamatkan ditamatkan. - Siakapekli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "