KUALA LUMPUR: Kesemua 22 kru kapal tangki MT Orkim Harmony berjaya dibebaskan pada jam 2.30 pagi tadi, demikian menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Ujar Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar, pembebasan kru kapal itu adalah menerusi rundingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan perampas kapal berkenaan.
Sehubungan itu MT Orkim Harmony akan dibawa terus ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba seawal jam 6 petang ini.
"Bagaimanapun, seorang daripada anak kapal berkenaan mengalami cedera ringan dan akan dihantar ke hospital berdekatan sama ada di Kuantan atau Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya.
Bagaimanapun menurut Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, pihak perampas berjaya melarikan diri menaiki bot penyelamat kapal berkenaan.
Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang. -Siakapkeli.my