Remaja 'Tertua' Di Dunia Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 18
Ana Rochelle Pondare, seorang remaja 'tua' yang berusia 18 tahun telah menyambut ulang tahun kelahirannya abru-baru ini.
Walaupun baru berusia 18 tahun, wajahnya menurut pakar kelihatan sudah berusia 118 tahun kerana mengalami masalah penyakit Progeria.
Penyakit Progeria adalah penyakit genetik yang jarang berlaku di mana ia menyebabkan proses penuaan berlaku begitu pantas tidak padan dengan usia.
Namanya baru-baru ini menjadi sebutan selepas sambutan harijadinya telah diraikan dan disiarkan oleh stesen rangkaian ABS CBN di Philipina di mana telah diwawancara oleh idolanya iaitu Sarah Geronomi.
Pondare merupakan salah seorang dari 45 orang kanak-kanak yang menghidapai penyakit ini dari 23 buah negara seluruh dunia. Tanda-tanda penayakit genetik itu mula terjadi kepadanya ketika berumur 5 tahun di mana dia mengalami keguguran rambut yang banyak dan kulit makin berkedut.
Beliau ketika ini diiktiraf sebagai penghidap progeria paling tua kerana dalam kajian dan rekod sebelum ini purata hayat penghidap penyakit ini hanyalah berumur 14 tahun. - Siakapkeli.my