Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengebom Maraton Boston Mohon Maaf Kepada Semua Mangsa Selepas Dijatuhi Hukuman Mati

25 Jun 2015


BOSTON: Remaja yang dijatuhi hukuman mati kerana bersalah melakukan pengeboman di bandar ini dua tahun lalu, akhirnya memohon maaf buat pertama kali kepada semua mangsanya.

Dzhokhar Tsarnaev melakukan permohonan maaf itu di hadapan Hakim dalam kamar mahkamah pada Rabu ketika prosiding kesnya sedang dijalankan.

"Saya mohon maaf kepada semua mangsa dan mereka yang terselamat.

"Saya bersalah," katanya dipetik Astro Awani.

Tsarnaev dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah pada 15 April lalu selepas didapati bersalah melakukan pengeboman di satu maraton di bandar ini pada 2013.

Pengeboman yang dilakukan bersama abangnya itu mengakibatkan empat orang maut dan mencederakan 264 yang lain.

Bagaimanapun abangnya, Tamerlan Tsarnaev meninggal dunia pada hari sama dengan serangan itu selepas ditembak mati polis.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "