Bukan sahaja gambar anak-anak pelawak Harith Iskandar dijadikan bahan lucah sebuah lama web pornografi kanak-kanak, penyanyi Tomok juga turut merasa tempiasnya.
Beliau yang menyedari gamabr anak-anaknya, Arrianshah Akid dan Andrashah Iman turut digunakan, Tomok pantas membuat laporan polis dan memaklumkan hal itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
“Saya baru dapat tahu lewat malam semalam, saya dah pun berbincang dengan isteri mengenai tindakan apa yang perlu kami buat, sebagai ibu bapa saya amat terkilan dengan individu yang terbabit dalam penyebaran gambar anak-anak kami.
“Kes ini adalah berat, tidak boleh dipandang ringan dan saya harap pihak berkuasa turut campur tangan dalam hal-hal yang bercanggah dengan norma kehidupan manusia. Fedofilia adalah perkara yang menakutkan saya,” katanya.
Tomok dengan tegas mengatakan sukar untuk memaafkan mana-mana pihak yang terlibat dalam perbuatan tidak bermoral ini.
Terdahulu pelawak Harith Iskandar membuat aporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail sekitar jam 10 pagi tadi dan disusuli laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Difahamkan, laman web lucah berkenaan dikendalikan oleh individu tidak bertanggungjawab yang tinggal di luar negara.
Selain Harith dan Tomok, gambar anak perempuan Erra Fazira juga dijadikan bahan laman web tersebut. -Siakapkeli.my