Pelajar genius Matematik, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, yang kini sedang menjalani hukuman penjara di UK telah mendapat kebenaran untuk diekstradisi ke Malaysia selepas menjalani tempoh hukuman.
Menurut Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa, MARA membantu kes tersebut atas daar kemanusiaan dan rasa tanggungjawab.
“Proses tersebut sudah boleh dilakukan dan pihak keluarga Nur Fitri juga telah merayu kepada MARA untuk membantu dalam proses ekstradisi tersebut.
“MARA membantu dalam kes ini atas sifat kemanusiaan serta mengambil tanggungjawab kerana Nur Fitri merupakan di bawah tajaan MARA dan sudah tentu tidak boleh lepas tangan begitu saja,” katanya memetik laporan TheRakyatPost.
Sebelum ini, Nur Fitri adalah pelajar di Imperial College London di bawah tanggunggan MARA telah didapati bersalah kerana memiliki lebih 30,000 video dan gambar pornografi kanak-kanak. - Siakapkeli.my