Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Muhyiddin Hanya Tersenyum Bila Ditanya Wartawan Isu 1MDB

4 Jun 2015


KUALA LUMPUR, 4 Jun : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengambil tindakan berdiam diri sambil tersenyum apabila ditanya oleh wartawan tentang isu berkaitan 1MDB.

Dalam satu majlis pada hari ini, beliau dilihat berjalan sambil diiringi pengawal peribadi hanya tersenyum tanpa memberi jawapan kepada wartawan yang menunggu dan bertanya soalan yang berkaitan dengan 1MDB.

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan memberi kata dua kepada menteri Kabinet yang meminta sesiapa yang tidak bersamanya dalam isu 1MDB agar meletak jawatan.

Muhyiddin bagaimanapun tidak hadir di dalam mesyuarat berkenaan kerana bercuti di luar negara sejak 26 Mei lalu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "