Malim Gunung Joseph Selungin, Terkorban Selepas Jadikan Tubuh Sebagai 'Perisai' Lindungi Dua Pendaki
Joseph Selungin, seorang lagi Malim Gunung hebat yang patut diangkat sebagai wira selepas melakukan sesuatu yang sungguh luar biasa untuk menyelamatkan pendaki yang menggunakan khidmatnya.
Lelaki yang berusia 33 tahun ini dikatakan telah tekorban selepas menjadikan dirinya sebagai perisai untuk menyelamatkan dua orang pendaki dari terkena batu-batu yang jatuh dari puncak gunung.
Beliau bagaimanapun ditemui di bawah runtuhan batu dalam keadaan memeluk mereka menghalang batu-batu menghempap dua orang pendaki tetapi malangnya ketiga-tiga mereka tidak dapat diselamatkan.
Menurut cerita rakan sekerjanya Shahrulnizam Suhaiji mendiang merupakan seorang yang peramah dan baik hati.
"Dia merupakan pekerja di Amazing Borneo sejak dua bulan lalu dan sangat disenangi oleh rakan-rakan sekerjanya," katanya.
Dengan pemergiaanya, dia telah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak lelaki dan perempuan yang masih kecil.
Bagi sesiapa yang berhajat untuk memberi bantuan kewangan kepada keluarganya bolehlah klik di SINI
Sesungguhnya kehilanganmu Joseph tiada galang gantinya. Andalah "The Unsung Hero" bagi kami. - Siakapkeli.my
Assalamualaikum dan salam perkenalan . Saya ingin menjemput anda ke blog saya iaitu http://blog.gagahboro.org. Saya harap siapa yang baca komen saya ini dapat pergi ke blog saya.
BalasPadam