Letak Jawatan Jika Pertikai Keputusan PM — Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan jika ada dalam kalangan anggota kabinet yang hilang kepercayaan atau pun mempertikai keputusan Perdana Menteri supaya melepaskan jawatan tanpa diminta.
Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu 1MDB.
"Saya tidak fikir perlu menunggu Perdana Menteri buat keputusan untuk melakukan pemecatan atau penyingkiran," katanya ketika diminta mengulas mengenai kata dua Perdana Menteri kepada jemaah menteri sekiranya mereka tidak menyokong beliau dalam isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).", kata beliau memetik laporan dari mStar Online.
Zahid ditemui oleh wartawan di majlis perhimpunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diadakan setiap bulan.
Sebelum ini, Najib memberi kata dua kepaa jemaah menteri dan meminta agar sesiapa yang tidak bersama beliau dalam isu 1MDB agar melepaskan jawatan. - Siakapkeli.my