Geli dan meNiat seorang lelaki yang mahu menikmati keenakan dan kerangupan ayam goreng KFC akhirnya terbantut apabila pesanan yang diperolehinya adalah seekor tikus goreng!
Hal itu terjadi kepada Devorise Dixon, daripada California, Amerika Syarikat, apabila berkunjung ke restoran berkenaan pada Jumaat lalu.
Jika diperhatikan gambar tikus goreng yang sudah menjadi viral itu, ia jelas menunjukkan bentuk badan haiwan tersebut termasuklah bahagian ekornya.
Meskipun pihak pengurusan restoran berkenaan segera menukarkan menu tersebut dan memohon maaf, Dixon nampaknya membawa hal berkenaan kepada tindakan undang-undang.
Dia kemudiannya mengupah peguam untuk menuntut ganti rugi.
“Datang semula ke KFC dan bercakap dengan pengurusnya. Dia mengakui bahawa ianya seekor tikus dan memohon maaf, tibalah masa untuk mengupah peguam!!!
“Berhati-hati, jangan makan makanan segera!!," demikian memetik posting Dixon di laman Facebooknya.
Kalau sampai tergoreng tikus, memang nampaknya pihak pengurusan KFC cawangan ini tidak menitikberatkan soal kebersihan premis, terutamanya di dapur. -Siakapkeli.my
Wah, haram kalo gitu nih
BalasPadam