Lelaki Pakai 80 Batu Akik Setiap Kali Keluar Rumah Tarik Perhatian
Indonesia: Seorang lelaki penggemar batu akik menjadi perhatian orang ramai kerana selalu memperhiaskan dirinya dengan batu tersebut setiap kali keluar dari rumahnya. Apa yang menjadikan beliau luar biasa dari orang lain adalah jumlah batu akik yang digunakan adalah sehingga 80 biji.
Hermanus Manafe, 65, mengenakan 70 hingga 80 batu akik di tubuhnya termasuklah dalam bentuk cincin, rantai dan gelang tangan.
Menurut Hermanus, dia telah mempunyai koleksi batu akik sebanya 750 biji hasil dari kumpulannya sejak setahun yang lalu.
“Saya kini mempunyai kira-kira 500 cincin dan lebih 250 rantai yang mempunyai batu akik.
“Saya sudah habiskan kira-kira Rp300 juta (RM84,594) untuk membeli semua perhiasan daripada batu akik ini,” katanya memetik laporan myMetro.
Walaupun hobinya itu memakan modal yang tinggi, Hermanus berkata isteri dan anaknya tidak pernah menghalang.
“Isteri dan anak-anak saya tidak ada masalah kerana yang penting bagi mereka, saya gembira,” jelasnya.
Menurut Hermanus lagi, penampilannya bersama batu-batu akik itu menari perhatian orang ramai sehingga ada yang mahu bergambar dengannya.
“Ada yang datang untuk bergambar dengan saya dan ada juga peminat batu akik mahu berkongsi koleksi yang saya miliki ini,” katanya. - Siakapkeli.my