Lagi 30 Rangka Manusia Berjaya Dikeluarkan
WANG KELIAN - 30 lagi rangka manusia yang dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia ditemui dan dikeluarkan pada hari ini, menjadikan jumlah rangka yang berjaya dikeluarkan setakat ini sebanyak 99.
30 rangka tersebut berjaya dikeluarkan pada jam 5.23 petang tadi dari kawasan perkuburan di Bukit Genting Perah.
Ketua Polis Perlis Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail mengesahkan kejadian ketika dihubungi. Selain itu, beliau juga turut memaklumkan sebanyak 18-20 kubur dipercayai belum digali.
"Sekiranya tiada apa-apa halangan, kesemuanya akan siap digali esok," katanya memetik laporan dari Bernama.
"Saya dimaklumkan hujan lebat tadi pada 3.20 petang dan keadaan (membawa mayat keluar) lebih sukar kerana laluan licin di kawasan bukit," kata beliau lagi. - Siakapkeli.my