Batu Pahat: Ketua Kampung Parit Tengah, Rengit Husaimi Hashim menafikan bahawa wujud sebuah bazar ramadan seperti yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.
Menurutnya, sejak dari arwah bapanya lagi yang menjadi ketua kampung belum pernah wujud bazar seumpama tersebut seperti yang disebarkan.
“Tidak ada bazar seumpama itu wujud di kampung ini,”
“Memang saya tidak nafikan ramai yang bertanya mengenai tempat bazar Ramadan di Kampung Parit Tengah yang kononnya di kebun sawit namun ia tidak pernah wujud.
“Sejak arwah ayah menerajui kampung ini pada tahun 90-an sehinggalah saya pula kini, tidak ada bazar Ramadan seumpananya dibuka,” katanya.
Sejak gamabr tersebut menjadi viral begitu ramai kenalan menghubunginya untuk mengetahu lokasi berkenaan dan kesahihan gamabr tersebut. - Siakapkeli.my