Baris belakang: Lee, Lim, Koh; Baris depan, dari kiri: Lim Swea Jen, Dr Choo(Timbalan dean) |
18 dari 84 orang pelajar UTAR telah dipilih untuk menjalani latihan industri atau "internship" di Huawei United Arab Emirates (UAE) setelah menjalani sesi "interview" oleh syarikat berkenaan.
Tiga dari 18 orang yang terpilih adalah Koh Fang Han, Lim Kai Huei dan Lee Jia Jun akan menjadi kumpulan pertama yang akan memulakan kerja di Dubai dan mungkin akan memegang rekod sebagai graduan baru UTAR dengan gaji terbanyak.
Mereka akan dibayar dengan AED 12,000 atau RM12,262 sebulan dan akan mula bekerja pada 1 Julai.
"Saya sangat teruja. Ini satu peluang untuk saya melihat jauh ke depan dan merubah masa depan saya di negara asing dan persekitaran baru", kata Kai Huei, graduan petrol-kimia universiti tersebut. - Siakapkeli.my