Isu PKR : Kedudukan Azmin Sebagai MB Selangor Mungkin Tak Terjejas
KUALA LUMPUR: Kedudukan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor tidak mungkin terjejas dengan tamatnya riwayat PKR, kata Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, Ketua Kluster Tadbir Urus, Undang-undang dan Pentadbiran Awam, Majlis Profesor Negara.
"Beliau hanya boleh disingkirkan melalui usul undi tidak percaya di dewan undangan negeri, tetapi ini tidak mungkin berlaku," kata beliau.
"DAP hanya berkata Pakatan tidak lagi wujud. Parti itu tidak berkata ia tidak akan menyokong Azmin. Adalah difahamkan, PKR, dengan Mohamed Azmin sebagai timbalan presidennya, mempunyai hubungan baik dengan DAP dan PAS," katanya lagi memetik laporan Astro Awani.
Selain itu beliau juga turut berkata Azmin mungkin akan dipanggil menghadap Sultan Selangor bagi memberi penjelasan tentang keadaan yang wujud.
Para pemerhati pula percaya Azmin tidak akan menghadapi banyak masalah bagi menyakinkan Sultan bahawa beliau masih lagi mendapat sokongan rakyat walaupun PKR sudah tiada. - Siakapkeli.my