Isteri Kapten T-Team Tatap Mendiang Suami
Kota Bharu: Isteri kepada Kapten T-Team, Rogozina Lyubov, 25, petang tadi diba di Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk melihat mayat mendiang suaminya, David Faramola yang meninggal dunia selepas mengalami masalah jantung ketika perlawanan T-Team menentang Kelantan baru-baru ini.
Rogazina yang kelihatan sedih ketika ditemui enggan ditemu bual oleh wartawan. Dia meluangkan masa selama lima minit untuk melihat mayat mendiang suaminya buat kali terakhir sebelum pulang ke Kuala Terengganu.
Mayat Oniya akan dituntut oleh isteri dan bapa pemain tersebut pada Sabtu ini, memetik laporan dari myMetro.
Sebelum ini, Oniya tiba-tiba rebah pada perjuangan terakhirnya ketika minit ketiga perlawanan. Oniya kemudiannya dikejarkan ke Hospital sebelum disahkan meninggal di Hospital. - Siakapkeli.my