Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

DBKL Naikkan Ganjaran Sekor Tikus Kepada RM3 Apabila Ia Ditangkap Dan Diserahkan

25 Jun 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memperkenalkan  'Kempen 1 Tikus 1 Ringgit' dan ia kurang mendapat sambutan oleh orang ramai.

Kerana masalah kehadiran tikus di bandaraya Kuala Lumpur semakin kritikal, kini pihak DBKL telah menaikkan ganjaran kepada orang ramai dari RM1 untuk seekor tikus kepada RM3 seekor tikus yang di serahkan kepada DBKL.

Memetik laporan mStar Online, menurut Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr Hayati Abdullah berkata kenaikan harga dari RM1 ke RM3 ini lebih kepada memberi motivasi kepada masyaraakat untuk menangkap tikus disamping memenuhi sasaran DBKL untuk menangkap 50,000 ekor tikus setahun.

"Kami peruntukkan RM50,000 setahun untuk kempen ini namun peruntukan ini tidak pernah dihabiskan.

"Oleh itu aktiviti menangkap dan mengawal haiwan perosak ini perlukan kerjasama dan sokongan anggota masyarakat," katanya.

Pada tahun lalu orang ramai hanya menyerahkan sebanyak 10,498 berbanding 50,000 sasarang oleh pihak DBKL.

Jadi dengan kenaikan harga ganjaran ini mungkin akan menggalakkan orang ramai menangkap tikus dan merealisasikan sasaran 50,000 ekor tikus berjaya ditangkap. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "