China Paksa Penjawat Awam Islam di Xinjiang Tidak Sambut Ramadhan
Sedang umat Islam di seluruh dunia gembira menyambut kedatangan Ramadhan, lain pula halnya di wilayah Xinjiang, China apabila umat Islam di sana dilarang menunaikan kewajipan itu.
Beberapa buah kerajaan tempatan di sana mengeluarkan notis amaran meraikan Ramadhan selain memaksa kakitangan kerajaan berjanji untuk tidak berpuasa.
Tindakan itu diambil sebagai langkah susulan serangan ganas yang berlaku sejak tiga tahun lalu sehingga menyebabkan banyak nyawa terkorban dan didakwa dilakukan oleh militan Islam.
Bukan itu sahaja, operasi restoran halal akan berjalan seperti biasa sepanjang Ramadhan ini, terutamanya di daerah Jinghe, malah tidak akan diperiksa oleh pegawai keselamatan secara kerap.
Beberapa laporan daripada media tempatan di sana juga menyebut bahawa segolongan penjawat awam di daerah Maralbexi berjanji secara lisan dan bertulis untuk tidak menyambut Ramadhan, termasuk tidak berpuasa dan menunaikan aktiviti keagamaan. -Siakapkeli.my