Budak Empat Tahun Hilang Tangan Selepas Main Mercun
Belum cukup seminggu umat Islam berpuasa, kita sudah dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak yang telapak tangannya hancur selepas bermain mercun.
Kejadian tersebut berlaku di Tanjung Sepat, Banting, semalam.
Pengendali Facebook Friends of PDRM dalam satu postingnya memberitahu kanak-kanak yang berusia empat tahun itu bermain mercun bersama rakan-rakannya di luar rumah selepas waktu berbuka.
Kanak-kanak itu kini dikatakan sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Klang selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Sepat dan Hospital Daerah Banting sebaik sahaja kemalangan tersebut berlaku.
Rata-rata pelayar Facebook meluahkan rasa kesal mereka atas kejadian yang menimpa kanak-kanak berkenaan dengan menyalahkan ibu bapa yang gagal mengawal perilaku anak-anak mereka. -Siakapkeli.my