Bomba Sahkan Ada Runtuhan Batu Susulan Gempa 9.11 Malam
Kota Kinabalu : Pihak bomba mengesahkan berlaku runtuhan batu di Kilometer 1.5 laluan Gunung Kinabalu selepas satu gegaran kecil yang berlaku pada jam 9.11 malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah menyatakan satu pasukan khas telah dihantar untuk membersihkan kawasan tersebut.
"Runtuhan berkenaan bagaimanapun tidak sebesar kejadian pagi tadi," katanya memetik laporan dari myMetro. - Siakapkeli.my