Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anggota Bomba Kritikal Selepas Dipatuk Ular Di Balai Segamat

15 Jun 2015
No Comment


Johor Bahru: Seorang anggota bomba daripada balai Segamat kritikal tidak sedarkan diri selepas dipatuk ular tedung di balai berkenaan.

Beliau yang dikenali bagai Abu Zharif  kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Segamat di mana satu pembedahan telah dijalankan bagi membuang sisa bisa tersebut di tangannya.

Menurut jurucakap balai Bomba Segamat, Abu Zharif memang dikenali sebagai seorang yang amat sayangkan ular di mana kerana keberaniannya itu berhadapan dengan ular liar telah menarik perhatian pihak TV3 dan pernah keluar di dalam program rancangan Majalah 3.

"Semasa kejadian, Abu yang baru datang kerja telah menjalankan rutin harian biasanya iaitu mencuci dan membuang bisa ular yang baru ditangkap sesuai dengan kerjanya menjadi penangkap ular bagi jabatan Bomba Segamat."

"Bagaimanapun semasa mencuci seekor ular yang baru ditangkap itu sebelum membuang bisa, entah di mana silapnya ular tersebut telah mematuk tangannya tanpa sempat dielak menyebabkan Abu pengsan dan dikejarkan ke hospital," katanya kepada SK semasa dihubungi.

Menurut jurucakap, asalnya kejadian ini tidaklah mahu digembar gemburkan tetapi kerana gambar tersebut telah banyak tersiar di laman sosial mereka terpaksa mengesahkan hal ini.


Beliau sehingga kini masih belum sedarkan diri. Mari bersama-sama kita rakyat Malaysia mendoakan semoga beliau cepat sedar dan sembuh demi menjalankan tugasnya berbakti kepada masyarakat. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "