Ada Hikmah Disebalik Kontroversi GST - Mawar Dewi Remaja
PETALING JAYA: Pelakon, Mawar Rashid menyifatkan kontroversi GST yang melanda dirinya baru-baru ini mempunyai hikmah yang tersendiri apabila dia kini menerima banyak tawaran berlakon.
Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 20, baru-baru ini dihentam hebat di media sosial apabila gagal menjawab soalan asas mengenai GST dengan tepat ketika dia terlibat dengan program Dewi Remaja baru-baru ini.
"Sebenarnya saya tidak mahu bercakap mengenai isu (GST) ini lagi tetapi benar kontroversi tersebut telah memberi hikmah yang besar buat diri saya.
"Sejak isu tersebut menjadi viral, saya sering menerima tawaran lakonan pula. Alhamdulillah, dalam keadaan yang sangat serabut, Allah membuka pintu rezeki saya," katanya memetik laporan dari mStar Online. - Siakapkeli.my