Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Yayasan Terengganu Tanggung kos Pengangkutan Bawa Pulang Jenazah Nor Atikah

6 Mei 2015
No Comment


KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan terengganu (YT) hari ini mengumumkan akan menanggung kos pengangkutan bagi membawa pulang jenazah pelajar Malaysia Nor Atikah Alias, 25, yang meninggal dunia di Russia hari ini.

Menurut Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, setiap pelajar yang ditaja oleh YT mempunyai insurans yang membolehkan semua pelajar tajaannya menikmati kos perubatan hospital dan sekiranya meninggal dunia tetapi ia hanya menanggung kos pengebumian di Russia.

BACA: Pelajar Perubatan Dari Malaysia Meninggal Selepas Mengalami Kecederaan Dalam Kebakaran Di Rusia

Oleh kerana itu YT mengambil inisiatif untuk menanggung segala kos pengangkutan bagi membawa pulang jenazah ke Malaysia bagi dikebumikan di Jeram Linang, Pasir Puteh, Kelantan.



"Kos untuk membawa pulang jenazah dari Moscow ke Malaysia menelah belanja RM10,000 di mana jenazah akan dibawa pulang dengan penerbangan Emirates dari Moscow ke Dubai (transit tiga jam) dan Dubai ke Kuala Lumpur."

"Kita mempunyai dua alternatif penerbangan iaitu pertama, jam 12.05 tengah malam Khamis waktu Russia (5.05 pagi waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 9.45 malam Khamis.

"Penerbangan kedua pada 4.55 petang Khamis waktu Russia (9.55 malam waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 1 pagi Jumaat," katanya dipetik Harian Metro. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "