Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Sesat Dalam Hutan Terpaksa Minum Susu Badan Untuk Terus Hidup

11 Mei 2015
No Comment
Susan lega apabila ditemui semula oleh pihak berkuasa.

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Kerana tersesat di dalam hutan ketika terlibat dalam satu acara sukan, seorang wanita terpaksa meminum susu badan sendiri untuk terus hidup.

Memetik satu laporan dari BBC, ibu kepada dua anak berkenaan yang dikenali sebagai Susan O'Brien, 29, melalui laluan yang salah ketika acara merentas hutan yang diadakan di hunta Rimutaka.

Setelah menyedari kehilangan Susan, pihak berkuasa melancarkan usaha menyelamat dan berjaya ditemui pada jam 11.30 pagi waktu tempatan, hari ini.

Susan yang hilang selama 24 jam berjaya dikeluarkan dari hutan tersebut menggunakan sebuah helikopter.

"Saya ingat saya akan mati.



Menceritakan bagaimana dia mendapat idea untuk meminum susu badan, Susan berkata, dia kini dalam tempoh menyusukan anaknya dan tefikir dengan meminum susunya sendiri mungkin akan membantunya untuk terus hidup.

Selain itu, guru kecergasan itu juga turut berkata dia terpaksa mengorek sebuah lubang untuk tidur kerana suhu yang sejuk pada waktu malam. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "