Undang-Undang Haramkan Pasangan Belum Berkhawin Tunggang Motosikal Bersama Diluluskan
Banda Aceh: Sebuah daerah di Acheh baru-baru ini telah meluluskan satu rang undang-undang yang melarang pasangan lelaki dan perempuan yang belum berkahwin untuk membonceng motosikal bersama.
Menurut Ahli Parlimen Aceh Utara, Fauzan Hamzah, undang-undang ini telah diluluskan pada minggu lalu dan pelaksanaannya akan berkuat kuasa tahun hadapan dengan persiapan bakal dibuat d
“Pasangan belum berkahwin yang duduk terlalu rapat di atas motosikal, jelas melanggar undang-undang Islam.
“Perlakuan seperti ini boleh mendorong pasangan belum berkahwin melakukan perkara tidak bermoral,” katanya.
Sebelum ini pihak berkuasa daerah Aceh Utara telah mengharamkan konsert dan mengarahkan pelajar lelaki dan perempuan diasingkan di kantin sekolah.
Fauzan berkata hukuman untuk dijatuhkan kepada pesalah masih belum diputuskan kepada pasangan yang belum berkahwin menaiki motosikal bersama.
“Pesalah mungkin akan dikenakan denda atau dihalau dari kampung mereka," katanya. - Siakapkeli.my