"INSYA-ALLAH. Pasti bertemu", kata Datuk Siti Nurhaliza melalui akaun instagram dan Twitternya selepas ditanya peminat mengenai hasrat anak kepada mangsa tragedi Myvi melanggar Pajero di Lebuhraya Duke, Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, untuk bertemu beliau.
Baca : VIDEO: Nur Firuza Amira Fairuz Nizam Teringin Nak Jumpa Dato Siti Nurhaliza
InshaaAllah..pasti bertemu. https://t.co/xKaBjfU1IA
— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) May 4, 2015
Sebelum ini satu video yang memaparkan adik Nur Firuza menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Siti menjadi viral di Internet.
Semoga hasrat adik Nur Firuza tercapai dan sedikit sebanyak mengubat kesedihan dihati adik Nur Firuza dan memberi sedikit keceriaan di sebalik hatinya yang masih lagi sebak menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.
Awal pagi sabtu lalu kira-kira pukul 1.05 pagi, kenderaan jenis Pajero Sport yang dinaiki oleh Fairuz Nizam bersama isterinya Nova Safitri dan anak bongsu mereka Nur Firuza Annisa berusia enam bulan telah terlibat dalam kemalangan selepas dilanggar oleh dua buah Myvi.
Dalam kemalangan tersebut Fairuz Nizam meninggal ditempat kejadian manakalan isteri dan anaknya dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL)- Siakapkeli.my