PENGERANG: Tiga lagi mayat kru kapal korek yang karam Rabu lalu di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi ditemui pada 8 pagi tadi. Ketiga-tiga myat itu ditemui oleh pasukan penyelam KD Handalan TLDM selepas pasukan tersebut berjaya membuka pintu kapal berkenaan.
Menurut Jurucakap Agensi Peguatkuasa Maritim Malaysia, ketiga-tiga mayat kru kapal itu dijumpai berada berhampiran dengan pintu kapal. Walau bagaimanapun, mayat-mayat itu masih belum dapat dinaikkan berikutan pasukan penyelamat menghadapi sedikit kesukaran.
Kapal Korek Ocean Line 208 telah terbalik dan karam pada Rabu lalu setelah dipukul oleh ombak tahap 3. Insiden itu menyebabkan 14 orang kru hilang termasuk seorang warga tempatan. - Siakapkeli.my