Tiada Lagi "The Late Show With David Letterman"
Pengacara popular, David Letterman akhirnya meninggalkan rancangan The Late Show, satu rancangan popular yang mempunyai purata penonton seramai 3.8 juta orang tahun ini.
Minggu ini, program tersebut mendapat lebih 40 peratus penonton dari minggu yang sama pada tahun lepas kerana pengumuman Letterman untuk meninggalkan rancangan tersebut.
David Letterman akan mengacarakan rancangan itu kali terakhir pada Rabu depan dengan beberapa selebriti terkenal seperti Tom Hanks, Bill MUrray dan juga anggota kumpulan muzik terkenal Pearl Jam, Eddie Vader.
Selepas David Letterman berundur, rancangan itu akan dihoskan oleh Stephen Colbert.
Stephen Colbert, ketika bercakap dengan wartawan CBS berkata beliau akan cuba mengacarakan rancangan itu dengan sebaiknya bagi menghormati apa yang diusahakan oleh David Letterman.
David Letterman akan meninggalkan rancangan itu secara rasmi pada 20 Mei manakala Colber akan mula mengacara program itu bermula 8 september ini.
Rancangan The Late Show adalah satu-satunya rancangan lewat malam yang mempunyai rating tinggi. - Siakapkeli.my