Sijil Lahir Anak Kedua William, Kate Jadi Bahan Lawak
GAMBAR sijil kelahiran anak kedua Putera William dan Kate Middleton yang telah dimuatnaik menerusi akaun Twitter rasmi @KensingtonRoyal nampaknya telah menarik perhatian ramai netizens di seluruh dunia.
Mana tidaknya apabila di dalam surat beranak tersebut yang menulis sesuatu yang lucu di bahagian ruangan pekerjaan ibu bapa.
Di ruangan pekerjaan Puteri William dan Kate Middleton telah ditulis ‘Prince of the United Kingdom’ dan ‘Princess of the United Kingdom’ sedangkan itu adalah gelaran dan bukannya pekerjaan.
Ia juga terjadi kepada pengakuan sijil milik bayi baru mereka itu apabila mereka menulis‘Her Royal Highness Princess Charlotte of Cambridge’ yang ternayata menjadi bahan ketawa ramai orang.
Kebanyakan netizens berpendapat perkara itu sepatutnya tidak berlaku kepada seorang yang bergelar keluarga di raja walaupun umum mengetahui Putera William merupakan seorang juruterbang helikopter yang cukup handal di UK.
Tetapi untuk pengetahuan semua tidak seperti ibu bapa yang lain sijil kelahiran ini diisi oleh timbalan pendaftar, Westminster yang dikenali sebagai Alison Cathcart. - Siakapkeli.my