Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Seorang Wartawan Ditemui Terbelah Dua Digilis Tren Komuter

20 Mei 2015
No Comment



KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki dipercayai seorang wartawan berdasarkan pass pengenalan yang dipakainya telah ditemui mati dalam keadaan amat mengerikan selepas tubuhnya terbelah dua akibat digilis tren komuter.

Mayat mendiang, K Anamalay, 67, yang merupakan wartawan akhbar Tamil Malar ditemui orang ramai di landasan berhampiran Stesen Komuter Batu Kentonmen, Jalan Ipoh, di sini.

Kematian itu sebenarnya menimbulkan tandatanya kerana mangsa sebenanrnya dalam perjalanan ke tempat kerja selepas sempat bersarapan bersama rakan-rakannya di sebuah restoran.

Memetik laporan Harian Metro, seorang kenalan mangsa yang tidak mahu dikenali berkata, mangsa tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik atau mengadu berdepan dengan masalah.

“Mendiang tinggal seorang diri di sebuah rumah di Jalan Ipoh.

“Kami benar-benar terkejut dengan kejadian itu apatah lagi dikhabarkan dia maut dalam keadaan demikian,” katanya.

Menurut maklumat yang diterima dari Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB), pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 9.15 pagi sebelum menghantar pasukan kakitangannya ke lokasi untuk siasatan.

“Berdasarkan soal siasat terhadap pemandu tren, mangsa didakwa tiba-tiba terjun ke landasan dari platform dua.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut sudah diserahkan kepada pihak polis bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "