Kecanggihan teknologi yang semakin pesat secara tidak langsung dapat membantu orang ramai memperolehi sesuatu yang mungkin sukar atau mustahil.
Wanita berkenaan, Tatiana Guerra yang sedang hamil minggu ke-20 ditawarkan satu peluang yang disifatkannya sangat beharga oleh syarikat lampin pakai buang Huggies Brazil, untuk 'bertemu' anaknya, Murilo, untuk kali pertama.
Tatiana mengalami masalah penglihatan sejak berusia 17 tahun.
Jika wanita hamil yang lain mampu terharu, tersenyum, tertawa teruja apabila melihat rupa anak mereka setiap kali pemeriksaan kandungan, Tatiana pula hanya bergantung kepada penerangan lisan yang diberikan oleh doktor atau suaminya sahaja.
Namun dengan kemajuan 3D ini, Tatiana mampu menyentuh dan memegang setiap inci tubuh badan anak yang dikandungnya itu.
Melalui kerjasama syarikat 3D The Goodfellas, Tatiana juga mampu melalui pengalaman sehebat ibu-ibu hamil yang lain apabila dapat merasai sendiri acuan tepat Murilo.
Pengalaman Tatiana ini merupakan sebahagian kempen Huggies untuk memberi peluang yang sama rata kepada setiap insan yang memerlukan. — Siakapkeli.my