Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pulau Pinang Tidak Ada Tempat Untuk Pelarian Rohingya

24 Mei 2015


GEORGETOWN: Pulau Pinang menolak usaha untuk menempatkan pelarian Rohingya dan Bangladesh di negeri itu, demikian menurut Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Ia berikutan masalah kekurangan tempat kosong sama ada di bahagian pulau atau tanah besar, dan atas alasan itu kesemua pelarian berkenaan perlu ditempatkan di tanah milik kerajaan persekutuan.

Ujar Guan Eng, Pulau Pinang juga berdepan dengan masalah pelarian Rohingya seramai 50,000 orang sejak enam tahun lalu, demikian memetik laporan The Star.

Jumaat lalu, Guan Eng dilaporkan berkata akan bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara bagi tujuan penempatan pelarian Rohingya dan Bangladesh, namun tidak ada sebarang perbincangan dilakukan sehingga kini daripada pihak yang berkaitan. — Siakapkeli.my




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "