Masalah kesesakan lalu lintas di Mekah dan Madinah terutamanya ketika musim haji dan umrah berkemungkinan dapat dikurangkan dengan Projek Keretapi Haramain.
'Bullet train' dengan kelajuan tertinggi sehingga 360km/jam ini bakal dilancarkan secara rasmi pada tahun depan akan membawa mereka yang menunaikan ibadat haji dan umrah dengan cepat di antara dua bandar berkenaan.
Sedia maklum bahawa masalah kesesakan lalu lintas antara Mekah dan Madinah sering timbul ketika dua musim utama tersebut dengan kedatangan ramai penganut Islam dari seluruh dunia.
Projek Keretapi Haramain mempunyai enam seksyen yang bermula dari Bandar Mekah, dan laluannya turut meliputi Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz dan Pusat Ekonomi Raja Abdullah di Rabigh.
Lebih membanggakan apabila syarikat Malaysia juga turut terlibat di dalam membangunkan projek keretapi laju ini. - Siakapkeli.com
Sumber asal constructionweekonline.com