Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PR Kritik RMK-11, Dakwa Tiada Apa Yang Berubah Dalam Dasar Kerajaan

21 Mei 2015


KUALA LUMPUR: Pengumuman Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) hari ini yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut dingin oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa rancangan lima tahun itu akan menerima nasib yang serupa dengan beberapa dasar dan rancangan yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini.

Katanya, Pakatan Rakyat (PR) akan menilai semula kekurangan yang ada di dalam RMK-11 sebagai kritikan balas kepada kerajaan pusat.

"Pakatan Rakyat (PR) akan meneliti cadangan RMK-11 yang wajib dilakukan berdasarkan prinsip tatakelola pemerintahan. Kita mahukan yang terbaik. Kita boleh membentangkan pelbagai perkara tetapi yang penting prinsip pembangunan inklusif, prinsip perancangan telus iaitu jangan berdolak-dalik, bebas rasuah dan ketirisan supaya tidak ada lagi laporan yang tidak elok dari Laporan Audit Negara," demikian ujarnya memetik laporan Antarapos, hari ini.


Tidak itu sahaja, Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali turut mendakwa RMK-11 itu juga tidak akan menyebabkan kerajaan pusat yang ditadbir Umno-BN terlepas daripada masalah rasuah dan salah laku.
"Malangnya tidak ada satu fokus untuk meneliti dan menyemak semula persoalan ketirisan, salah guna kuasa, penyelewengan yang menyumbang kepada jumlah yang besar seperti yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara.

"Saya bimbang dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, sekiranya kerajaan tidak mempunyai kekuatan moral untuk memastikan ketirisan ini dihentikan, maka pelaksanaan program-program seperti ini terganggu dan terbantut kerana dana dan hasil yang ada tidak diurus dengan baik dan bertanggungjawab. Kita lihat insiden-insiden kebelakangan ini apabila langsung tidak menyentuh tentang-langkah yang diambil oleh kerajaan," ujarnya.

RMK-11 merupakan pelan lima tahun terakhir untuk negara sebelum mencapai status negara maju selain negara berpendapatan tinggi yang disasarkan Najib dalam Rancangan Transformasi Ekonomi.

Ia bertemakan 'Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat' dengan memberi penekanan kepada enam teras strategik iaitu memperkukuhkan inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama, meningkatkan kesejahteraan dan mempercepatkan pembangunan modal insan untuk negara maju.

Bukan itu sahaja, rancangan lima tahun berkenaan turut bertujuan menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan, memperkukuh insfrastruktur bagi menyokong perkembangan ekonomi dan merekayasan pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran. -Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "