Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Persatuan Pengguna Malaysia Gesa Kerajaan Wujudkan Undang-Undang Pasang Tempat Duduk Bayi Dalam Kereta

5 Mei 2015
No Comment


IPOH: Persatuan Pengguna Malaysia (Maconas) hari ini menggesa kerajaan Malaysia supaya memperkenalkan undang-undang untuk mewajibkan pemilik kenderaan memasang tempat duduk kahs untuk bayi dan kanak-kanak di dalam kereta.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Malaysia (Maconas) Datuk Amarjit Singh Gill berkata perkara ini amat penting untuk dipertimbangkan kerana ia mampu untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang berada di dalam kereta.

"Merujuk kepada kemalangan yang berlaku tiga hari lepas di Lebuhraya Duke, yang mana sepasang suami isteri dan bayi mereka berumur tujuh bulan meninggal dunia selepas tercampak keluar daripada kenderaan.

Jika bayi itu diletakkan dalam tempat duduk khas bayi, yang diikat dengan selamat, mungkin nyawa bayi itu boleh diselamatkan," katanya dipetik Astro Awani

Beribu kanak-kanak berada di dalam kereta setiap hari dan kebanyakkan mereka duduk di belakang tidak memakai tali pinggang keledar belakang menyebabkan peratusan untuk mereka tercampak keluar adalah tinggi jika berlaku kemalangan.

"Terdapat juga ibu bapa yang meletakkan anak mereka di tempat duduk hadapan atau di atas riba mereka semasa kereta dipandu. Ini bukan sahaja berbahaya kepada penumpang hadapan malah kepada bayi yang sedang duduk itu," kata Amarjit seorang peguam dari Ipoh.

"Berdasarkan kaji selidik dibuat, perangkaan menunjukkan tempat duduk khas bayi mengurangkan risiko kematian bayi sebanyak 71 peratus dan kematian kanak-kanak berusia antara setahun sehingga lima tahun sebanyak 54 peratus."

"Jika kita mahu serius dalam keselamatan jalan raya, maka kita perlu serius dalam memastikan langkah berjaga-jaga diwujudkan bagi memastikan keselamatan penumpang di dalam kenderaan," katanya.- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "