Lain orang, lain gayanya. Impiannya apabila mati kelak, adalah untuk diberikan penghormatan terakhir untuk berada di dalam teksinya sebelum dikebumikan.
Victor Perez Cardona, 73 tahun yang meninggal dunia kerana barah dapat merasa 'memandu' untuk kali terakhir apabila anaknya, Generosa Perez mengotakan cita-cita ayahnya itu.
Cardona menggunakan teksi itu selama 15 tahun bagi mencari rezeki.
Beratus penduduk di bandar Puerto Rico hadir ke majlis berkenaan bagi menyaksikan detik terakhir Cardona. -Siakapkeli.my