Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nelayan Jepun Bersumpah Akan Terus Memburu Ikan Lumba-Lumba

28 Mei 2015
No Comment


Jepun - Nelayan Jepun menegaskan mereka akan terus memburu ikan lumba-lumba walaupun mendapat tentangan dari badan-badan perlindungan haiwan. Menurut kumpulan nelayan itu, mereka tidak melanggar mana-mana peraturan dan bersumpah untuk menurunkan tradisi memburu ikan lumba-lumba kepada generasi seterusnya.

"Kami tidak akan berhenti", kata Yoshifumi Kai, seorang nelayan dari kumpulan nelayan di bandar Taiji, Jepun kepada wartawan.

Bandar Taiji sememangnya terkenal dengan aktiviti memburu ikan lumba-lumba dan ikan paus yang mana aktiviti itu telah menimbulkan kontroversi. Aktiviti ini mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak.



Di Taiji, kebiasaannya musim memburu bermula pada bulan September hingga Mac. Sesetengah dari ikan lumba-lumba yang berjaya ditangkap dijual kepada zoo yang mana setiap satunya berharga sekitar 1 juta yen. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "