Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Malaysia Mengalami Monsun Barat Daya Bermula 19 Mei Sehingga September 2015

20 Mei 2015


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam pada 19 Mei telah mengeluarkan kenyataan akhbar berkenaan bermulanya monsun barat daya melanda negeri-negeri di Malaysia.

Monsun ini melanda terutamanya di Sarawak, dan negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Menurut MetMalaysia, Dalam tempoh bermula 19 Mei 2015 sehingga September 2015 negara akan mengalami lebih banyak hari tanpa hujan.

Ini adalah kerana berlakunya Monsun Barat Daya di mana terdapat peningkatan dalam bilangan titik panas. Keadaan cuaca yang agak kering ini boleh mengakibatkan berlakunya keadaan berjerebu. — Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "