Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lagi 13 Mayat Ditemui Di Kubur Besar Di Perlis

29 Mei 2015
No Comment



WANG KELIAN: Pihak berkuasa menemui 13 rangka mayat pemerdagangan manusia di kawasan perkuburan Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis.

Menurut Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Polis Diraja Malaysia Bukit Aman ACP Datin Asmawati Ahmad, sebanyak sembilan lagi rangka mayat turut dibawa turun dari hutan itu malam tadi.

"Semua rangka tersebut sampai di kaki bukit pada pukul 8.45 malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk tindakan lanjut oleh pakar patologi.

"Pasukan Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Gerakan Am PDRM akan meneruskan misi menggali dan mengeluarkan rangka mayat di lokasi yang telah dikenal pasti," katanya.

Isnin lalu, satu tapak perkuburan besar ditemui di kawasan berkenaan yang menempatkan 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia antara Kampung Wai di Kuala Perlis hingga Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, sepanjang 11 kilometer. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "