Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kerajaan Tidak Akan Layan Tuntutan Penculik, Umum Perkembangan Jumaat Ini

19 Mei 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan perkembangan terkini kes penculikan di Sandakan minggu lalu pda Jumaat ini, demikian menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau dalam masa sama menegaskan tidak ada sebarang tuntutan diminta oleh kumpulan penculik itu, malah kerajaan juga tidak akan melayan sebarang tuntutan.
 
"Saya akan umumkan pada Jumaat. Kita ada tindakan tertentu. Kita akan buat keputusan, ada satu tindakan yang kita akan ambil. 
 
"Tetapi hingga ke sekarang ini saya belum dimaklumkan bahawa tidak ada tuntutan yang dibuat terhadap keluarga itu. Hakikatnya kerajaan tidak akan bayar apa-apa tuntutan," katanya pada hari ini.

Seorang lelaki dan seorang wanita diculik empat lelaki bersenjata pada Khamis lalu di Restoran Ocean King di Sandakan yang mana kejadian itu turut disaksikan kira-kira 100 pelanggan termasuk kanak-kanak.
 
Thien Nyuk Fun, 50, kakak ipar pengurus restoran itu adalah seorang daripada mangsa culik dalam kejadian 7.45 malam itu. Seorang lagi mangsa ialah Bernard Ghen Ted Fen, 39, dari Sarawak yang bekerja sebagai perunding elektrikal di Kemboja.
 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) kini giat berusaha untuk mengkaji dan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan supaya kes penculikan sedemikian tidak berlaku lagi. -Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "