Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak Disambar Petir Semalam, Meninggal Dunia Hari Ini

19 Mei 2015
One Comment


BATU PAHAT: Seorang kanak-kanak sembilan tahun yang kritikal semalam akibat terkena panahan petir disahkan meninggal dunia hari ini di Hospital Sultanah Nora Ismail.

Mangsa yang dikenali sebagai SitiNur Aina Hairi, disahkan oleh bapanya sendiri,Hairi Mahat, 42, menghembuskan nafasnya kira-kira 8 pagi tadi.

BACA: Dua Lelaki Maut Dan Seorang Kanak-Kanak Kritikal Selepas Disambar Petir

Menurut bapanya, anaknya itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala akibat terkena kejutan elektrik kilat yang kuat.

"Setakat ini kami masih menunggu laporan penuh daripada pihak hospital.

"Jenazah kemudian akan dikebumikan di kampung kami di Pagoh selepas Zohor," katanya

Semalam kami ada melaporkan seorang kanak-kanak sekolah dan dua orang lelaki dewasa maut selepas dipanah petir dalam satu kejadian berlaku berhampiran Sekolah Kebangsaan Pematang Seri Rengas, Parit Karjan, Sri Medan yang berlaku kira-kira pukul 2.45 petang semalam. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "