Kanak-Kanak 12 Tahun Teruskan Hidup Dengan Dirantai
SHAANXI: Seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun hidupnya begitu terbatas selepas sepanjang usianya dia telah diikat seperti haiwan peliharaan dengan rantai.
Bagaimanapun tindakan itu bukanlah sengaja dilakukan, tetapi dia diikat oleh ibu bapanya kerana bagi mengelakkan dia melarikan diri selepas dia mengalami kecacatan otak sejak berusia lapan bulan.
Memetik laporan media tempatan, bapanya berkata, anaknya Xiaoyu mengalami demam panas yang teruk ketika berumur lapan bulan.
Kerana terlalu miskin, dia dan isteri tidak membawa anaknya itu menjalani pemeriksaan kesihatan sebaliknya merawat sendiri di rumah dengan rawatan tradisional.
Ketika berusia setahun, Xiaoyu telah jatuh katil kerana diserang sawan. Sejak kejdian itu Xiaoyu mula menunjukkan tanda-tanda hilang keupayaan untuk berkomunikasi.
Apabila bapanya keluar bekerja, bapanya terpaksa mengikat Xiaoyu di tiang dapur atau pun pokok dengan rantai sepanjang satu meter lebih.
“Dia akan melarikan diri jika saya tidak mengikatnya. Saya tidak ada pilihan lain untuk menangani masalah ini,” kata Yang. - Siakapkeli.my