Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Hina Malaysia - Dr Wan Junaidi

30 Mei 2015
No Comment
TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - Foto Mohd Yusni Ariffin

KUCHING: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyelar tindakan sebuah akhbar negara jiran yang menyiarkan karikatur kartun yang menghina negara ini.

Menurut beliau tindakan tersebut menghina pemimpin serta rakyat di negara ini.

"Sebenarnya kalau kita lihat apa yang dijumpai di Bukit Wang Burma, Wang Kelian bukan bermula daripada negara kita kerana lokasi kem transit itu lebih mudah untuk dimasuki dari negara berkenaan.

Menurut beliau lagi, petunjuk-petunjuk yang dijumpai di Wang Burma dan Wang Kelian menunjukkan isu ini bermula dari negara jiran itu.

"Saya melihat daripada semua petunjuk yang dijumpai (di Bukit Wang Burma, Wang Kelian) semua ini bermula dari sana. Semua barang yang kita jumpa di kem transit itu seperti makanan, bungkusan, kain, kotak, bahkan kotak peluru semuanya berasal dari negara berkenaan," katanya memetik satu laporan dari Bernama.

Sebelum ini, sebuah akhbar di negara jiran menyiarkan satu karikatur yang menghina Malaysia berikutan penemuan kubur beramai-ramai di Wang Kelian dan kawasan sekitar. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "