RABAT (MOROCCO): Penyanyi dan pelakon berdarah Amerika Latin, Jennifer Lopez mendedahkan beliau mengamalkan dua perkara untuk kekal cantik dan jelita - tidak merokok dan tidak menyentuh minuman keras.
"Rahsia kejelitaan sebenarnya adalah cara gaya hidup sihat, syukur kepada tuhan kerana sejak kecil sehingga sekarang, saya masih nampak macam muda kerana tidak merokok dan minum arak," dedahnya ketika tampil di festival muzik tahunan di ibu negara berkenaan.
Memetik Mynewshub, Jennifer atau Jlo berkata, beliau juga mengelakkan menghadiri pesta liar, berbeza dengan kebanyakan selebriti Hollywood yang lain.
"Saya belum pernah sentuh dua benda itu, bahkan saya tidak pernah hadiri parti liar. Juga mujur saya bukan jenis suka berparti tetapi lebih suka kerja keras sepanjang hidup," ujarnya.
Maka tidak hairanlah bintang filem The Boy Next Door itu masih kekal menawan dan 'bergetah' walaupun telah menginjak usia 45 tahun! — Siakapkeli.my