Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gambar Lim Guan Eng Bersama Kereta Nombor Plat PENANG Jadi Isu Hangat

14 Mei 2015
No Comment


GEORGE TOWN: Sebuah kereta mewah yang bernombor plat "PENANG" yang diambil bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, di Hong Kong menimbulkan tanda tanya orang ramai dan telah menjadi topik hangat di Malaysia.

Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Sungai Acheh, Mahmud Zakaria menunjukkan gambar tersebut semasa Dewan Undangan Negeri bersidang pada Selasa lalu.

"Adakah itu kereta yang digunakannya(Guan Eng) ketika di Hong Kong atau adakah ianya disewa? Nombor plat kereta itu menimbulkan tanda tanya", tanya Mahmud.

Persoalan itu bagaimanapun dijawab oleh Exco Kerajaan Negeri, Chow Kon Yeow yang menerangkan kenderaan itu milik salah seorang ahli perniagaan di Penang yang ketika itu berada di Hong Kong.

Muhamad Farid Saad (BN- Pulau Betong) pula mempersolakan adakah kebenaran diperlukan untuk menggunakan nombor plat "Penang" di Hong Kong. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "