Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Daud Belajar 10 Perkataan Bahasa Melayu Sehari Untuk Fasih Berkomunikasi - Lana

16 Mei 2015




Bukan mudah untuk membiasakan seseorang itu untuk belajar dan memahami sesuatu perkara yang baru di dalam hidupnya.

Begitu juga yang dilalui oleh Mohd Daud McKienzie, suami kepada pelakon Lana Nordin yang khabarnya akan memastikan beliau dapat mempelajari sekurang-kurangnya sepuluh perkataan baharu di dalam Bahasa Malaysia agar dapat menggunakan bahasa itu untuk berkomunikasi.

"Alhamdulillah, Daud seorang yang sentiasa ingin tahu dan perkara itu membuatkan keluarga saya cuba membantu dia mempelajari budaya Melayu.

"Malah Daud akan memastikan sepuluh perkataan Bahasa Melayu baru akan dipelajarinya setiap hari. Dia juga mula belajar makanan Melayu, cuma tak tahan pedas saja," katanya yang dipetik dari mStar hari ini.

Pasangan pelakon dan pemain pasukan bola tampar Amerika Syarikat itu terlebih dahulu dinikahkan pada Jumaat, selepas berkenaan pada Oktober tahun lepas.

Menceritakan perihal suaminya, Lana berkata Daud juga beria mempelajari agama Islam dan sering bertanya jika timbul kekeliruan.

"Apa yang saya nampak Daud sering bertanya mengenai agama Islam. Ada masanya dia keliru antara syariat Islam dan adat.

"Mujurlah dengan teknologi sekarang, informasi boleh didapati di hujung jari sahaja. Dia rajin mencari info di laman carian Google," katanya lagi. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "