Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Cabaran Charlie Charlie' Permainan Baru Seru Roh Jadi Kegilaan

28 Mei 2015
No Comment


Pelbagai permainan baru wujud di kalangan kanak-kanak dan remaja pada masa kini. Di London permainan 'Cabaran Charlie Charlie' kini menjadi kegilaan, yang mana membolehkan kita berhubung dengan dunia ghaib dan bercakap dengan roh.

Boleh dikatakan serupa dengan permainan papan Ouija, permainan ini menggunakan dua batang pensel dan disilangkan, ia kemudian diletakkan di atas kertas yang bertulis 'Ya' dan 'Tidak'.

Cara permainannya ialah dengan memanggil 'Charlie, Charlie boleh kita bermain?' sebanyak dua kali untuk menyeru roh.

Pemain hanya akan mula dikatakan berinteraksi dengan roh apabila pensel bergerak ke arah 'Ya' dan permainan diteruskan dengan bertanyakan soalan.

Begitu juga untuk mengakhiri permainan, pemain perlu bertanya dahulu sebelum pensel menunjukkan arah 'Ya'.

Syarat tambahan, pemain perlu menjatuhkan pensel ke lantai agar roh tidak mengganggu mereka selepas permainan tamat dan bermakna roh kembali ke tempat asal mereka. -Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "