Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Boikot Program Realiti TV Yang Tidak Berfaedah, Saran JAWI

29 Mei 2015



KUALA LUMPUR: Memang tidak dinafikan, stesen televisyen kini dibanjiri dengan rancangan berbentuk realiti TV, khususnya program nyanyian bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam rakyat negara ini.

Namun, boleh dikatakan kebanyakannya dilihat cenderung untuk melalaikan penonton.  

Dek kerana itulah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tampil dengan saranan agar umat Islam negara ini memboikot program berbentuk realiti TV itu.

Menerusi khutbah Jumaat hari ini bertajuk 'Jihad Menentang Kebatilan' itu, JAWI menegaskan kebanyakan program berkenaan tidak menepati kehendak agama malah hanya menggalakkan sifat cintakan dunia di kalangan penonton.    

"Selain itu, realiti TV sering juga mengeluarkan unsur-unsur negatif seperti membuat jenaka lucah, mendedahkan aurat, lelaki berpakaian seperti wanita dan sebagainya. Penting untuk kita emngawal anak-anak dari hiburan mengganggu dan membentuk mereka untuk berminat dalam hiburan yang berdasarkan undang-undang Islam.

"Marilah kita memboikot rancangan seperti itu," demikian kandungan khutbah berkenaan. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "