Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anwar Dan Arwah Tok Guru Nik Aziz Sudah Setuju Wujud Kerajaan Perpaduan, Tetapi Ditolak Oleh BN - Hadi Awang

19 Mei 2015
No Comment


President PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mendedahkan sesuatu tentang kerajaan perpaduan apabila beliau mendakwa idea tersebut pernah dipersetujui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Mursyidul Am PAS Arwah Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Memetik laporan The Malaysian Insider idea tersebut telah diwujudkan untuk menggabungkan parti tunggal yang membentuk kerajaan selepas berlaku krisis Perlembagaan di Perak.

"Kita tak mahu lari menyertai BN. Biasanya sejarah ini tetap berulang. Sebab itu kita kemukakan unity government ini – semua parti dalam kerajaan.

"Ini dipersetujui bersama semua dalam satu pertemuan di antara saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan arwah mursyidul am kita.

"Kita bersetuju mengetengahkan perkara ini dan kita kemukakan kepada DAP. Tetapi malangnya, perkara itu terbantut kerana Barisan Nasional tak boleh menerimanya.

"Itu ceritanya, benda itu dah hilang luput daripada sejarahnya," kata Hadi pada program Bicara Harakah di Kuala Lumpur tengah hari ini.

Sejak-sejak akhir ini juga dilihat isu kerajaan perpaduan kembali tercetus apabila dilihat PAS semakin rapat dengan UMNO untuk merealisasikan perlaksanaan Hudud di Kelantan.

Pada masa sama, DAP terus menentang perlaksanaan hudud sementara PKR pula membantah perlaksanaan Hudud buat masa sekarang.

Sebelum ini isu kerajaan perpaduan juga timbul pada 2013 apabila Anwar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan cedangan ini kepada Pakatan Rakyat menerusi seorang perantara iaitu bekas Presiden Indonesia Jusuf Kalla.

Anwar bagaimanapun menolak cadangan itu ekoran serangan daripada pelbagai media milik UMNO terutama Utusan Malaysia. - Siakapekli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "